Lata Rek

Lata Rek adalah kawasan air terjun yang cukup terkenal di negeri Kelantan. Air terjun ini diwartakan sebagai tempat perkelahan yang amat sesuai untuk seisi keluarga bersuka-ria dan mencari ketenangan.[1] Kawasannya terletak berhampiran Kg. Laloh iaitu lebih kurang 30 km dari Bandar Kuala Krai, Kelantan. Orang ramai boleh ke sana melalui Lebuh raya Kuala Krai-Gua Musang. Kebiasaannya Lata Rek paling ramai dikunjungi pada hari Jumaat (sempena cuti hari minggu di Kelantan). Tidak ketinggalan juga bagi penuntut universiti, pelajar sekolah, tentera, polis dan badan sukarela kerap membuat pekhemahan terutama pada musim cuti sekolah. Buat masa ini, tempat penginapan belum disediakan oleh pihak tertentu kerana masalah banjir yang boleh merosakkan struktur bangunan di sini terutama pada musim tengkujuh. Apapun, air terjun ini amat sesuai untuk sesi keluarga dan pekhemahan. Kedai makan, warung, pasar dan pelbagai lagi kemudahan terdapat berhampiran kawasan ini.SejarahBerdasarkan kajian daripada orang-orang lama yang merupakan penduduk asal Lata Rek, nama Lata Rek berasal daripada bahasa Orang Asli. Lata bermaksud batu-batan yang terbentang luas dan Rek bermaksud air yang turun dari tempat yang tinggi. Gabungan perkataan Lata dan Rek memberi maksud air yang terjun dari batu yang tinggi.KemudahanPihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Daerah Dabong telah membina banyak kemudahan seperti tempat letak kereta, tandas awam, wakaf rehat, gerai makanan dan rumah raja di sekitar kawasan ini. Namun banjir besar tahun 2014 telah merosakkan struktur bangunan terutama gerai makanan dan sehingga kini masih belum dibaik pulih.Lata Rek boleh dihubungi melalui jalan raya yang telah dibina oleh pihak kerajaan yang merupakan jalan alternatif untuk ke Kuala Krai, Chucoh Puteri, Sungai Sok dan lain-lain. Lata Rek terletak kira-kira 30 kilometer dari Bandar Kuala Krai(melalui lebuhraya Kuala Krai-Gua Musang) dan 60 kilometer dari Bandar Gua Musang (melalui lebuhraya Kuala Krai-Gua Musang). Jarak Lata Rek dengan simpang empat Lata Rek-Laloh adalah lebih kurang 3 kilometer.Kemudahan lain yang terdapat berhampiran Lata Rek adalah seperti masjid Lata Rek dan beberapa buah madrasah, Sekolah Rendah Kebangsaan Lata Rek, Balai Polis Laloh, stesen minyak, Pasar Laloh, Sekolah Tadika KEMAS, Sekolah PASTI dan banyak kedai runcit di sepanjang jalan raya.